Semua orang inginkan kekayaan jika diberi peluang. Ada juga yang berpendapat wang itu tidak penting, yang penting beriman, tetapi jika wang itu tidak penting, mengapa Rasulullah berniaga. Rezeki adalah sesuatu pemberian daripada Allah setelah kita gigih berusaha. Namun kita tidak dapat nafikan bahawa Allah berhak 100% memberi atau tidak dan Allah Maha Kuasa Atas Segala Sesuatu. Nyata dan jelas wang itu penting untuk kita membeli makanan, minuman, tempat tinggal dan juga pakaian serta keperluan lain. Justeru itu, wang juga penting untuk kita membantu orang yang kurang upaya.
Kepentingan wang sudah tahu. Sekarang, bagaimana pula cara untuk ikhtiarkannya? Di sini saya ingin kongsikan kepada anda sedikit ilmu tentang bagaimana untuk menjadi kaya.
1. Bergaul dengan orang yang kaya-kaya dan dapatkan nasihat dari mereka. Tetapi ingat. Bergaul bukan kerana hanya untuk nak kaya semata-mata tapi untuk mengorek sedikit ilmu pengetahuan dan disamping dapat mengeratkan silaturrahim saudara seagama. Bukan hanya dari orang muslim, bahkan Rasulullah tidak melarang kita untuk bergaul dan mendapatkan ilmu pengetahuan dari orang yang bukan islam. Sesungguhna ilmu Allah yang ada di atas muka bumi ini tidak akan habis walau selautan dakwat digunakan untuk mencatat ilmu-ilmu itu.
2. Berniaga. Tidak kira berniaga secara kecil-kecilan mahupun secara besar-besaran adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah s.a.w. Jika berniaga yang kecil-kecil maka untungnya kecil sahaja. Jika berniaga yang besar-besar maka untungnya pun besarlah, akan tetapi modalnya amat besar. Ramai yang menyangka network marketing itu leceh dan salah disisi syarak, padahal network marketing itu adalah perniagaan yang paling baik, kerana berniaga secara berkumpulan. Ramai yang telah berjaya dengan network marketing antaranya adalah Bill Gates, Mark Zukerberg dan ramai lagi.
3. Beribadah dan berdoa adalah usaha yang diiringi dalam setiap usaha yang kita lakukan setiap hari. Bukan sahaja kita mahukan kekayaan duniawi, malahan kekayaan ukhrawi juga sangat penting bagi kita yang beragama Islam. Percaya kepada yang ghaib itu adalah saparuh daripada iman. Gunakanlah harta kita ke jalan-jalan yang baik. Sebagai contoh, kita menderma ke tabung-tabung masjid, atau terus kepada orang-orang miskin dan anak--anak yatim piatu. Lagi banyak yang kita laburkan untuk agama Allah, lagi banyak rezeki, nikmat dan pahala yang Allah akan limpahkan ke atas kita. Janganlah kita sombong, takbur dan riak dengan apa yang kita ada. Semua yang ada pada kita adalah milik Allah, dan Allah boleh ambil balik pada bila-bila masa saja.
Demikianlah sedikit sebanyak ilmu yang saya ada untuk dikongsikan bersama dengan anda. Sekiranya ada perkataan yang menyentuh perasaan anda dan menyinggung hati, harap dimaafkan. Sesungguhnya peluang dan petunjuk yang baik itu datang daripada Allah dalam pelbagai cara, antaranya penyampaian daripada seseorang ataupun bahan bacaan. Dan yang buruk itu datangnya daripada diri saya sendiri.
Sampai di sini sahaja dahulu. Semoga dipanjangkan umur dan dapat kita bertemu lagi dalam catatan yang akan datang. Sekian. Terima Kasih.